Sesungguhnya ALLAH memelhara wanita suci itu dengan tubuh yang indah untuk dipersembahkan pada yang selayaknya iaitu suaminya!
Maka,kaum ADAM yang ingin menilai wanita pandanglah sepertimana Rasulullah saw mengajar kita dengan melihat muka dan tapak tangan serta kakinya semasa merisik (^-^)
Untuk kaum HAWA,lihatlah akan dirimu jangan diperlihatkan yang bukan pada haknya!
Sebelum itu,mari kita mengenali selaput dara terlebih dahulu..Ini penting dan SERIUS! Ketahuilah wahai kaum remaja dan jagalah anak2 gadismu wahai ibu bapa..
Apakah itu Selaput Dara?
Dalam istilah perubatan moden, selaput dara dipanggil sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan itu dilahirkan. Kedudukannya adalah di antara satu atau dua centimeter dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut liang vagina. Selaput ini sangat nipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologinya membran ini tidak berfungsi, namun ia tetap menjadi beban yang sangat berat kerana gadis dinilai oleh “selaput dara’ sebagai bukti kegadisan seseorang perempuan.